sunyi tanpa kamu

Assalaamu’alaikum w.b.t. dan selamat sejahtera….  Apakah itu sunyi? Bagi saya secara peribadi, sunyi ada 2 jenis. Ada sunyi yang bagus dan ada sunyi yang tidak bagus. Sunyi yang bagus ialah satu keadaan di mana tiada kebisingan, maka sunyi ini dapat mententeram dan mendamaikan diri. Tapi ntah lah, mungkin ada orang yang aman dan tenteram jika bising kut. Tetapi jika suasana bising yang dapat jadikannya aman dan tenteram, sebenarnya ‘something wrong there’. Manakala sunyi yang tidak berapa bagus ialah sunyi jiwa / hati. Mengapa ianya tidak bagus? Di bawah ada jawapan2nya insyaAllah.
Mengapa biasanya sunyi jiwa / hati ini berlaku? Antaranya ialah kerana ketiadaan / kekurangan teman yang akrab. Terutamanya di zaman yang serba moden dan canggih ini, teman2 pun canggih2. Ada yang jenis memilih mereka2 yang ada pangkat dan harta sahaja untuk dijadikan teman. Orang2 macam saya ni memang selalunya ‘out of list‘ untuk menjadi teman mereka, huhu. Bukanlah tiada langsung orang nak berkawan dengan orang macam saya yang tidak berharta mana dan berpangkat ni, tetapi sedikit sangatlah. Biasanya orang akan pergi kepada mereka2 yang dijangka akan mendapat pulangan yang lumayan balik dan mendapat glamer apabila berkawan dengan mereka.
Itu adalah realiti kehidupan sekarang. Saya sendiri pun pernah mengalami zaman ramai teman dengan zaman teman makin berkurang setelah kita menjadi orang yang serba kekurangan dan tidak maju membangun seperti mereka. Walaubagaimana pun kita tidak boleh menyalahkan mereka,  kerana itu hak mereka. Mungkin kerana kita juga yang tidak pandai berkawan. Maka kita tidak boleh juga memaksa orang lain untuk berteman dengan kita. Kita mesti terima hakikat setakat mana kita mampu berteman dan setakat mana orang lain mampu menerima kita sebagai teman mereka.
Tidak berteman atau tidak mempunyai ramai teman tidak bererti kita perlu melayan kesunyian dalam diri kita. Dan tiada teman tidak sepatutnya menjadikan kita sunyi. Keadaan sunyi dalam jiwa biasanya bukan semata2 kerana tiada teman. Orang yang ramai teman sekalipun ramai juga yang masih kesunyian jiwanya. Mengapa kesunyian jiwa itu masih berlaku sedangkan dia mempunyai ramai teman? Ada yang memberi alasan bahawa teman2nya tidak memahami dirinya, tidak pandai bergaul dengannya, pentingkan diri mereka sendiri dan sebagainya. Itu terpulang kepada pengalaman yang dilalui oleh masing2 kerana lain orang lain ragamnya.
Cuma apa yang saya mahu tekankan di sini ialah, jiwa kita ini sebenarnya perlukan pengisian dan santapan2 nya yang tersendiri. Apabila ianya telah terisi dan mempunyai santapan2nya yang khusus, maka tidak ada teman ke, tidak ada boyfren atau girlfren ke, masyarakat menyisihkan kita ke, insyaAllah kita tidak akan sunyi. Tetapi sunyi sekali-sekala tu biasa la, itu adalah lumrah. Cuma yang kita dapat cuba elak ialah sunyi yang kronik yang boleh menyebabkan penyakit jiwa dan seumpamanya.
Memang naluri manusia perlukan kepada teman lebih2 lagi kepada teman sejati yang akan dikahwini dan hidup bersama dengannya selamanya. Tetapi jika jodoh anda masih belum sampai, anda tidak seharusnya merasa kesunyian yang kronik, kerana masih ada banyak alternatif untuk anda tidak merasakan sedemikian. Apa lagi kesunyian kronik hanya akan menyusahkan diri anda sendiri tanpa disedari. Jika kita pasrah terhadap takdir yang menimpa ke atas kita, maka insyaALlah kita tidak akan kecewa dan berputus asa yang menyebabkan kepada kemurungan / kesunyian kronik.
Masing2 kita mempunyai potensi diri, masing2 kita mempunyai bakat anugerah ilahi, kita mempunyai kelebihan masing2. Maka dengan cara mengenali potensi dan bakat yang ada pada diri kita, ini secara tidak  langsung juga dapat mengelakkan kita dari kesunyian jiwa. Kerana kita boleh menyibukkan diri dengan kerja2 yang kita mahir padanya. Apabila kita telah sibuk dengan kerja2 dan urusan2 kita, secara automatik perasaan sunyi itu sudah tidak dirasai lagi. Selagi kita berkhayal dengan perasaan sunyi kita , selagi itu lah kesunyian itu akan dirasai. Jika anda masih tidak menjumpai potensi anda dalam sesuatu bidang, cuba lah usaha untuk mencarinya. Percayalah, anda mempunyai kelebihan tersendiri yang mungkin anda sendiri tidak perasan.  Dan disamping itu, sentiasa lah isi jiwa anda dengan santapan2 yang paling sesuai dengannya.
Apa kah dia santapan jiwa? - Tidak lain dan tidak bukan iaitu sentiasa INGAT kepada PENCIPTA kita. Dan antara cara yang kita boleh buat untuk sentiasa mengingatiNya agar jiwa kita tidak sunyi iaitu dengan solat, membaca AlQuran, berzikir, belajar ilmu agama, buat baik dan jangan lupa sentiasa berdoa dan bertawakkal ke hadiratNya. Puji Allah banyak2 kerana Allah suka kepada hamba2 yang suka memujiNya. jika semua pengisian ini sentiasa kita lakukan, maka tidak ada masa untuk SUNYI menggugat hati kita.
Jangan risau jika anda tidak mempunyai teman, kerana Allah S.w.t ada masa 24 jam sehari untuk anda tanpa tertinggal walau sesaat.  Manusia lain termasuk ibu bapa anda sendiri pun tidak boleh meluangkan masa untuk anda selama itu dalam sehari. Manusia lain ada kesibukan dan hal masing2. Tiada manusia yang dapat meluangkan sepenuh masa untuk anda. Akan tetapi Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa mempunyai masa untuk seluruh hambaNya setiap saat. Masa Allah tidak sama dengan masa kita dan kita tidak dapat bayangkan kekuasaanNya. Maka sesungguhnya anda tidak keseorangan dan Allah lebih dekat kepada hambaNya lebih dari urat leher hamba itu sendiri. Luahkanlah segala isi hati anda padaNya, DIa Maha Mendengar, insyaAllah anda akan merasa selesa dan tenang dengan berbuat begitu.
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, dan bentuk2 pertolongan adalah berbeza antara manusia dengan manusia lain sesuai dengan apa yang dimahukan manusia itu sendiri. Dan Allah Maha Mengetahui, Dia tahu apa yang diperlukan oleh hamba2Nya. Kerana itu lah di kala seorang hamba itu merasakan kesunyian tanpa teman, antara pertolongan2 Nya ialah Dia mengutuskan hamba2Nya yang lain untuk menjadi teman kepada hamba yang kesunyian tadi. Maka doa dan tawakkal mesti diserahkan kepadaNya, insyaAllah pertolongan akan tiba. Mungkin teman yang akan diutuskan itu bukan dalam waktu terdekat. Mungkin memakan masa, semuanya itu adalah ujian dariNya untuk melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita. 
INgatlah, untuk mendapat pertolongan terbaik dari Allah juga perlukan kita melakukan solat dan sabar. 
“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu′.”  Surah Al Baqarah : Ayat 45
Jangan merasa terlalu hina dan rendah diri jika anda tidak mempunyai ramai teman. Kerana Nabi Nuh pun tidak ramai yang ingin berteman dengannya. Malahan lebih ramai manusia mencemuh, memperli dan mempermain2kannya. Mempunyai ramai teman tidak bermakna anda seorang yang hebat. Mempunyai ramai teman tidak bermakna anda di pihak yang benar dan sebagainya. Kerana ada kalanya seseorang itu mempunyai teman yang ramai, tetapi teman2 itu hanya bersandiwara, ingin menumpang harta dan pangkatnya semata. Jika sekiranya harta dan pangkatnya hilang, nescaya beransur2 lesap lah teman2nya tadi.
Ketahuilah, kesunyian yang kronik adalah merbahaya kepada jiwa anda sendiri. Ianya juga merupakan salah satu was2 dari syaitan agar kita merasa tertekan, tidak berpuas hati, frust menonggeng, tidak bersyukur dan seterusnya kufur terhadap Tuhan secara halus. Maka sebaiknya lah kita cuba mengelak dari merasakan kesunyian yang terlajak. 
Tetapi kesunyian itu sendiri ada hikmahnya. Dengan perasaan sunyi itu lah seorang hamba merasakan kebergantungan terhadap Tuhannya. Di kala sunyi itu lah seorang hamba mudah teringat kembali kepada Tuhannya. Jika tidak mungkin dia akan terus hanyut dengan kesenangan duniawi yang menipu ini. Cuma yang penting, kesunyian itu harus terkawal dan tidak keterlaluan sehingga boleh memudaratkan diri sendiri.
Maka bagi mereka yang masih merasakan ketiadaan atau kekurangan teman, sesungguhnya masih ramai lagi yang merasakan sebegitu, bukan anda seorang. CUba la belek2 kat mana2 nescaya akan terjumpa lah insyaAllah, orang2 yang senasib dengan anda, di mana anda boleh kongsi bersama suka-duka anda nanti. Dan jangan lupa untuk sentiasa INGAT kepada Allah , sentiasa merasakan kehadiranNya, supaya hati kita sendiri akan menjadi tenteram keranaNya.  Semoga kita semua dilindungi Allah dari keadaan sunyi jiwa kerana Allah bersama orang2 yang sabar, Allah bersama orang2 yang bertaqwa, Allah bersama orang2 yang bertawakkal kepadaNya, Allah bersama2 orang yang membantu agamaNya. Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI …….  :)

saya sayang ibu !

Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...

adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...

adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...

telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Aku yang selalu merepotkanmu

aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...

engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...

jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...

hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi

atas rasa cintaku padamu

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH

juga kepada Ayah...!!!

lawak ke ? hahahax

1. HOTEL
Ada sorang makcik datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang makcik ni akan menginap. Si makcik mengikut pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, makcik tu melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku bayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini
bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"

Dengan wajah yang boring, pelayan itu berkata "Makcik, ini lift lah!!!"

2. DUA EKOR HANTU

Tersebutlah kisah dua ekor hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak la untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian...aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal kau tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas hantu B.

"Dah, aku dah buat dah! In fact masa aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab hantu A sayu.

"Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik masa sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapat la tangkap diorang?" tanya hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cuma jumpa isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, masa aku masuk umah tu, aku nampak ada kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanya isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..Last-last, sebab aku penat sangat berlari cari jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika hantu B berkata,

"Apasal kau tak cari kat dalam peti sejuk?"

3. SAHABAT

Ada tiga sahabat, satu kura-kura..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya ke rumahnya buat jamuan kecil-kecilan. So..mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura-kura. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...si kodok berkata, "Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "

Kura-kura : Iya la..sorry la gua lupa lak standby satu....beli jer kat
warong depan tuh!

Katak: Apsal aku plak......kau kan tuan rumah.

Kura-kura: Ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat.

Katak: So kalau gitu mintak je ulat gonggok tolong....

Kura-kura: Oh iya ya..ulat gonggok tolong gi jap

Ulat Gonggok: Aiya.....korang aje la

Katak: Ala ..gi saja la kita orang dah undi kau

Akhirnya si Ulat gonggok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura-kura menunggu ......

Lima minit menunggu...si Ulat gonggok tak tiba juga...10 minit..20
minit...satu jam...dan sampai tiga jam Ulat gonggok masih tak
timbul-timbul.

Katak: Ulat gonggok pegi mana hah tak sampai-sampai..?

Kura-kura: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!

Katak: Jom..!

Bila jer kura-kura buka pintu...Ulat gonggok sudah pun berada di depan pintu.

Kura-kura: Hah tu pun dia..!

Katak: ...Mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?

Ulat Gonggok: ..Apa rokok-rokok??...Aku jalan pun belum..!!

Katak: Haah! tak bergerak lagi? ...Jadi dari tadi buat apa...?

Ulat Gonggok: Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!